Tuesday, 20 October 2015

Apa lagi Cina mahu

8.5.2013 12.35 am

Apa lagi Cina mahu

1. Satu sistem pendidikan yang baik (tak perlu top 3 di seluruh dunia) untuk anak-anak kita supaya mereka dapat membaca, menulis, mengira dan menjadi warganegara yang berguna;

2. Satu masyarakat yang aman dan tenteram supaya kita dapat hidup, bekerja dan berehat tanpa senantiasa khuatir tentang keselamatan diri atau harta;

3. Satu negara yang adil dan bersih di mana kita dapat bekerja atau berniaga, mendapat wang atau keuntungan dan membayar cukai supaya program-program yang berfaedah dapat dijalankan untuk membantu warga-warga yang tidak berada.

Apa, itu juga yang Melayu, India, Kadazan, Iban, Bidayuh, Sikh, Portugis, dan lain-lain mahu. Ok, kita tukar tajuk jadi "Apa lagi warga Malaysia mahu."

No comments:

Post a Comment